Friday, May 21, 2010

Switzerland

Helo peeps..

I came across this old writing of mine.

"Salam and good evening people. It is raining again. Hujan rahmat kan :) Tenangnya rasa, banyak masa saya ada untuk diri sendiri..Hehe..update blog pun semakin kerap :p
Ok, tonight my friend Elly will be off to Paris. Sila sebut betul betul..PARISSsss~~ hehe..
Selamat jalan ok Elly, ingat apa yang dipesan, jaga diri sebab kebanyakan negara Eropah adalah bahaya; pick pocket terutamanya. (kalau pergi Paris jangan ingat cerita Taken ya, nanti terus tak jadi pergi. hehe)
Right..today I would like to share with you ladies and gentlemen places I have been to..specifically in Europe lah..

Initially, saya bukan seorang yang suka travel. Malas lah, terasa macam leceh. Yerla, nak kene book accomodation, cari flight ticket lagi. Sebab itu lah masa saya di tahun pertama saya tak ke mana-mana. Bila pulang cuti summer ke Malaysia, ibu saya kata rugilah kalau tak travel. She was the one who encouraged me to travel around the globe. ok mommy, saya ikut saja cakapnya.
Makanya, mari cerita tempat-tempat yg saya pernah pergi

Switzerland ( atau panggil saja Swiss)
Saya, Keen, Muni dan Min yang ikuti trip ni. It was winter 2006, when I was in my 2nd year. Idea tercetus sejurus saya balik ke UK selepas habis cuti musim panas (setelah ibu berkali-kali beri sokongan untuk travel). Jadinya, saya lah yang terpaksa jadi mastermind. Saya yang cari flight ticket dan book accomodation. Mula-mula memang pening sebab tak biasa, tapi lama-lama macam seronok.
Di sana, kami telah pergi ke Geneva, Zurich, Bern (capital city), Lausane, Interlaken (countryside, ada alps)..
Firstly, saya nak cerita tentang perjalanan dalam flight ke Swiss. Flight yang kami naiki itu ada sedikit unsur kecemasan, tiba-tiba ia menjunam sedikit hingga saya rasa mungkin itu kali terakhir saya bernafas. Sungguh drama..di mana kanak-kanak kecil semua menjerit ketakutan..saya pula tak henti-henti selawat dan berdoa..Memang macam ajal dh nak sampai..Tapi akhirnya selamat juga mendarat di Swiss..
Apa yang bes di Swiss? Oh btw, we travelled around Swiss by using 4 days unlimited train pass. Agak berbaloi walau harga tiket train untuk 4 hari itu agak mahal kerana kami boleh guna sepanjang 4 hari berturut. Yela, kami ada juga sesat naik train..:P
Tempat pertama ialah Geneva yang terletak di sempadan Swiss-France. Yang besnya, apartment yang kami inap untuk malam itu terletak betul-betul di border line France-Swiss. Oh indahnya. Walaupun nak berkomunikasi dengan orang Geneva agak susah (mereka tak cakap English, as usual lah). Saya dan rakan-rakan pula tak ready sangat belajar sikit-sikit French sebelum travel, nasib baik at least tau nak beli air. "Err..aqua..aqua?"
haha..tu saja saya tau..ada juga kedai kebab yang halal..
Orang Geneva bercakap dan berpakaian seperti orang France juga, furry coats yang jadi pujaan French:)..

Selepas Geneva, we were off to Interlaken. Interlaken ni macam countryside tapi cantik, ada banyak alps..boleh naik cable car dan main ski. Tapi kerana saya tak berani, maka naik cable car saja. har har har..Me and Keen..Cable car ride..yuhu..!!~Salah satu Alps di Interlaken. Singgah sebentar setelah menaiki cable car.
Ada pengalaman menarik di Interlaken. Kami telah berjalan-jalan menaiki train pada waktu malam itu, sambil nikmati salji yang turun. Rupanya, itu train terakhir dan kami sebenarnya tak boleh pulang kembali ke Interlaken, perlu bermalam di mana-mana dahulu sementara pagi esok menjelma. Saya dan rakan-rakan cuak. Train station sejuk, tiada orang kecuali seorang pakcik yang kerja di situ. Sudahlah tak tahu sangat berbahasa selain English, mau nya kena culik? Kena pow? Kena rompak? Mintak dijauhkan..So malam tu kami terpaksa naik teksi kembali ke Interlaken. Memang mahal sebab jauh, tapi macam mana call teksi? Oh, kami pinjam calling card pakcik yang kerja di train station tu. har har har thanks pakcik. Ingat pakcik tu nak offer tidur rumah dia malam tu, dream on baby!
So, balik naik teksi. Penat gila, a lesson to learn: Tengok jadual train dahulu before you pergi mana-mana ok..
Lepas Interlaken, bertolak ke Zurich..sempadan Germany. Bahasa di Zurich sudah bertukar. Mereka bercakap bahasa jerman pula..Tergeliat lidah saya. hehe. Oh pening..Di Zurich tak banyak benda best, cuma banyak butik baju designer yang mahal amat..Boring.
Then kami lalu di Bern pula..juga tiada peristiwa best..
Tempat terakhir sebelum tiba kembali ke Geneva ialah Lausane. Saya suka bilik penginapan di situ..Cantik..Di Lausane ada jual kebab, sedap tapi mahal. Dalam £7 satu kebab! It's about RM36..gila kan..tapi lapar punya pasal kami makan juga..
And finally kami pulang ke UK dengan selamat.

Personally I think that Swiss is very beautiful. Negara eropah yang tidak begitu susah saya kira..Juga tidak sekotor negara eropah lain..Classy country I should say..
Ok, im done with Swiss. Selepas ini nantikan..Italy..:)"

1 comment:

~~DucKneSs~~ said...

huwahhhh..bestnya denagr cite org berjalan2..jeles pon ada jugak..hehehe, swiss, just wait for me k..nak serang jepun dlu..hahhaha..cmne la nk kumpul duet nih..