Wednesday, September 1, 2010

Ramadhan 22: Nasi Ayam Pudar

Di pejabat..
Saya kerling jam di pergelangan tangan. Masih jam 4.30 petang. Lagi 30 minit sudah boleh pulang.
Jam 5.00 petang, saya meluncur laju dengan kereta baru. Hehe. Vrooomm...

Di Perjalanan Pulang..
Trafik agak sesak menghala ke bulatan Bintulu-Miri. *cewah macam laporan lalu lintas kat radio. haha* Boring..Dalam hati tak sabar nak ke Bazaar. Mahu beli nasi beriyani atau nasi tomato.

Di Bazaar Ramadhan..
Nasi beriyani habis. Kecewa, hati luluh. Parah ni. Semua makanan macam kurang sedap. No offense ya, tapi betul. Tak banyak pilihan macam di semenanjung. Rata-rata manusia menjual nasi ayam, nasi ayam penyet, sate kering yang tiada sayur, ikan terubuk bakar, laksa penang (saya dah boring menu ni). Nasi ayam pun saya dah boring, tapi at least belum cuba semua gerai. Saya ke gerai yg jual nasi tomato, dia juga jual nasi ayam. Layan je lah..terus beli. Cepat-cepat bayar nasi ayam yg agak pucat warna nya, terus vroom vroom pulang..

Di Rumah..
Waktu berbuka pun tiba. Ada rakan-rakan rumah saya yang bekerja sebagai cikgu, mereka memang masak untuk berbuka. Pulang pun tengah hari, pasti banyak masa untuk masak. Saya? Waktu berkerja habis 4.30 petang, pulang sekitar jam 5.00 petang. Sampai rumah? Do the maths la.
Semasa berbuka, ada seorang berkata. "Puas hati masak sendiri kan..Simple-simple pun sedap.." Seraya mengunyah enak makanan masakan mereka.
Saya senyum kambing, memandang ke arah nasi ayam pucat saya. Kelat, saya terfikir sendiri.

Kalau saya cikgu, mungkin saya juga boleh masak seperti mereka kan?
Tapi saya bukan cikgu, tak mahu pun jadi cikgu. :)
Tapi mereka untung lah, dapat masak sendiri untuk berbuka walau di hari bekerja.

Kalau saya kahwin nanti macam mana ya? Encik Sayang, how la? Nanti kita 2 pulang sekitar jam 5 lebih. Campur tolak Encik Sayang ambil saya di office lagi. Dalam sekitar 6 petang kita sampai rumah. Jam 6.40 petang dah berbuka. Sobsob..

Nanti kita bincang k..Hehe.

Sekian.

4 comments:

~~DucKneSs~~ said...

no worries la dear..






lomentik apa berbuka di luar berdua..kekadang kalo sempat, leh la masak2 spesel2 kat umah..xde hal punya..i sepot u my dear..

RoZ said...

tq daling!! *hugs*.
sometimes aku fikir juge bnde2 mcm ni..huhu
tapi takpe, mesti ade solution:)

~~DucKneSs~~ said...

yup...there's always a solution..no worries for now..

rhapsody LiN said...

im a teacher-to-b.. entah rajin masak ke x nnti. haha ;p