Sunday, December 12, 2010

Ikan di Laut Asam di Darat-Episod 1

Sheffield, February 2009.

Reena mengeluh sendirian. Pelajaran di dalam kelas dilupakan seketika.Angin dingin meniup sepoi-sepoi bahasa. Musim dingin masih belum pulang. Bumi Sheffield dilitupi salji tipis. Langkah diperlahankan. Boot paras lutut kegemaran menguis lembut salju putih. Bibir mencebik, otak pusing fikirkan pelbagai perkara.

"Ah, kerja banyak. Macam mane nak pergi kalau kerja belum siap? Deadline April pulak tuh.."

Nampaknya ajakan adik lelakinya Haikal di bumi Anbiyak terpaksa ditolak. Tiket mahal mencecah ratusan pound sterling, kerja pun banyak perlu disiapkan. Laporan akhir untuk projek akhir tahun sangat penting, banyak informasi diperlukan. Projek berkisar tentang teknologi nano dan mikro elektronik itu tidak dinafikan memang mencabar dan perlukan usaha yang lebih. Deadline makin hampir mengejar. Keluh kesah dibuatnya tapi kali ini Reena tekad untuk menolak.

Sampai saja di rumah, Reena menegur adiknya di laman chat. Tekad dengan keputusan, Reena memulakan bicara.

Reena: Salam Haikal. Maaf, akak tak dapat pergi Mesir.
Haikal: Eh kenapa akak?
Reena: Tiket flight mahal lah. Lagipun kerja banyak. Deadline dah dekat.
Haikal: Alah, itu bukan masalah sangat pun kan. Kalau Europe tour boleh pergi, takkan datang melawat Mesir pun susah?
Reena: *Terpaku dengan kata-kata adiknya* Err..bukan macam tu la..*Tak mampu membela diri*
Haikal: Ala kak..datang lah..bukan selalu pun..kali ni jer..kalau kerja banyak boleh bawa sekali. Bila free buat lah kerja.

Haikal pandai memujuk. Lantas setelah Reena berfikir untuk kedua kali, dia terus fikir ada baiknya dia melawat adiknya di Mesir.
Lagipun, dia belum pernah ke sana.
Apa kata dia mulakan kali pertama ke sana seawal April ini?
Ya, April cuti 3 minggu. 1 minggu ke Mesir, 2 minggu lagi boleh siapkan kerja.
Mesir, tunggu aku di sana!


To be continued..

3 comments:

Cik Specky said...

hihihi.. i rasa i kenal la reena tu.. ngee~

RoZ said...

haha ..kenal ke? i pun rs kenal die je

rhapsody LiN said...

hehe.. ade bakat tulis novel ni. tp character boleh kenal sape. hehe