Sunday, May 23, 2010

Kisah Kakak dan Adik Asing

Ini kisah seorang kakak dan seorang adik yang asing, tak pernah jumpa.

Lunch kakak untuk tengahari jumaat itu: Sambal tumis udang, sambal belacan, ulam-ulaman.
Tiba-tiba..

Ada orang beri salam:
"Assalamualaikum.."

Suara lelaki.

Setelah 2 kali diberi salam, baru dibalas. Mungkin utk jiran sebelah.
Tak, bukan untuk jiran. Untuk rumah kakak tu.

Panas terik, tapi kakak itu gagahi jua untuk keluar.
Ada adik lelaki, pakaian agak lusuh.
Beg agak berusia, muka berminyak terbakar dek terik matahari.

"Yer dik, ade ape.."
"Saya dari umah Anak ****** nak jual CD ni kak.."
"Oh yeke..tengok kejap.."

Belek-belek barang jualan dan ternampak tangan adik itu terketar.
"Adik dah makan ke belum ni?"
"Belum kak, lepas ni saya makan la dengan ustaz"
"Kejap yer dik.."

Masuk ke rumah, kakak tu capai sebiji epal didapur.

"Nah dik, nanti buat makan tengah jalan ok..Akak nak beli CD yg ni la..Berapa ek."
"RM **..."
"Nah duitnya.."
"Lebih ni kak.."
"Tak ape lah, buat sedekah".

Sedekah untuk siapa?
Sebetulnya untuk adik tu.

Mungkin bila kenangkan zaman sekarang ada macam2 sindiket mengeksploitasi tenaga kanak-kanak untuk mengaut untung, tapi adik itu memang berhak untuk dapat bahagiannya.
Sekurang-kurangnya buat belanja.

Jumpa lagi.

3 comments:

~~DucKneSs~~ said...

:)
kakak itu sungguh baek..semuga dia dirahmati olehNYA atas gerak hati yg murni itu..

rayyan said...

btul2 baik...ameen ya Allah...:)

RoZ said...

cik duckness, amiin ya rabb..:)

rayyan ni comel la..rayyan kenal ke kakak tu? hehe